Salji Hitam



Followers

Pages

Anda Suka BLOG Ini ? ? LIKE je laa . .

JANGAN CUBA-2 NAK COPY ENTRY SAYA YEE . .

Thursday, February 10, 2011

[ NOVEL TERBARU ]

hai haluu readers... nk gtw n0vel2 trbaru neh.. hehehe . .

DOKTOR CINTA - Dyadila


Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Judul : Doktor Cinta
Penulis : Dyadila
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 26.00
Sabah / Sarawak : RM 29.00




DIBIUS CINTA - Qash Irdina




"Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula."


Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

Judul : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
Penerbit : Fajar Pakeer
Semanjung : RM 19.90
Sabah / Sarawak : RM 22.90




AKU YANG KAU TINGGALKAN - Alina Haizar



Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menj...aga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya. Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Judul : Aku Yang Kau Tinggalkan

Penulis : Alina Haizar

Penerbit : Kaki Novel

Semenanjung : RM 25.00 Sabah/Sarawak :RM 28.00




KAU CURI HATIKU - Iman Xara




Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?

Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas?

Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu, jadinya.

* * *

Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu untuk anda fahami, dengan membaca Kau Curi Hatiku

Judul : Kau Curi Hatiku Penulis : Iman Xara

Penerbit : Jemari Seni

Semenanjung : RM20.00 Sabah / Sarawak : RM23.00




JANGAN PERNAH BERUBAH - Qaseh Qaisara


Kata orang cinta itu asalnya dari mata. Kemudian, sampai ke hati. Betullah agaknya kata orang itu, sebab dengan mata itulah Hanisha jatuh hati kepada lelaki yang entah siapa-siapa. Kemudian, dia jatuh sayang. Sayang sangat-sangat sampai tak boleh lupa siang dan malam. Mula menyimpan angan-angan yang bukan-bukan.

"Hani fikir, abang semudah itu untuk berubah hati? Hani ingat abang ni boneka yang hanya tahu mengikut kata dan telunjuk orang?"

Bagi Fahrin yang dituduh dengan penyataan yang sama sekali tidak benar, mula memasang angan yang indah-indah apabila emaknya mengutarakan sesuatu yang benar-benar memeranjatkannya. Kalau dah jodoh, larilah ke mana sekalipun, jodoh tetap jodoh.

Benarkah jodoh yang diharapkan akan berkekalan hingga ke akhirnya? Mampukah Hanisha dan Fahrin mengatasi rintangan dan masalah yang menduga? Benarkah tidak akan ada hati yang pernah berubah?

Judul : Jangan Pernah Berubah
Penulis : Qaseh Qaisara
Penerbit : Fajar Pakeer
Sem. Malaysia : RM 18.90
Sabah / Sarawak : RM21.90








No comments:

Post a Comment