Salji Hitam



Followers

Pages

Anda Suka BLOG Ini ? ? LIKE je laa . .

JANGAN CUBA-2 NAK COPY ENTRY SAYA YEE . .

Thursday, February 10, 2011

[ SINOPSIS & DIALOG MENARIK ]

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI - Dzie Tyea


Dialog 1

"Kita makan dulu, then solat sama-sama ya, sayang. Isha dah boleh solat..." bisiknya lembut

"Really?" Dan senyumanku terus menguntum sehinggalah aku teringat, aku perlu meninggalkannya untuk beberapa ari ini. "Alah, melepaslah abang macam ni."

Ketawa manjanya pecah. "Nakalnya suami isha ni. Apa-apa pun kita makan dulu. Nanti lambat pula.

----------------------------------------
-------
Dialog 2 dengan mesej dan pengajaran:

Dahulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang teman seuniversiti tetapi ketika itu aku hanya memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang akan menelefon saban malam sebelum tifur. Juga menyambut hari kekasih dengan bertuakr-tukar hadiah dengan si dia yang kini membuat aku termalu dendiri apabila mendengar bicara Alishah, 14 februari lepas

"Isha sayangkan abang walaupun apa pun yang jadi.. tapi janganlah sebab abang nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentine's Day bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam islam. "

----------------------------------------
--------
Dialog 3 dengan mesej dan pengajaran:
"Abang belikan apa untuk Asha?."

"Pakaian. Entah sesuai ke tidak. Abang ni teruk sikit bab-bab memilih baju budak." Akuiku sambil merapatkan duduk ke arah Alishah. Asha sedang ralit di atas lantai. Bukan menyelongkar semata, dibalingnya kotak kasut yang aku beli kemudian dikutipnya semula. Disusun di dalam beg kertasnya. Susunan anak kecil.

"Cantik asalkan dibeli dengan wang halal. Diberi dengan hati yang ikhlas."

"Aik, bunyinya macam pilihan abang betul-betul tak cantik aje tu." Usikku mencuit pipinya. Alishah ketawa perlahan. Direbahkannya kepala ke bahuku. Tiga hari tidak bersua, rindunya Tuhan saja yang tahu.

"Tak adalah. Isha tengok elok aje tu. Jangan belikan yang seksi sudah."

"Kenapa tak boleh belikan yang seksi?." Tanganku sudah mula merayap ke belakang. Rindu ini menghantar keinginan dalam diri untuk saling bermesra.

"Isha tak nak besarkan anak patung. Isha nak anak yang akan jadi penyambung warisan agama kita. Yang boleh bantu kita di akhirat nanti, insyaallah."

SINOPSIS

Masih wujudkah perempuan sebegini? Alangkah bertuahnya memiliki seorang isteri yang semulia dan sesempurna Aishah. Novel yang penuh pengajaran dan teladan

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?

Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.

Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

Penulis : Dzie Tyea
Penerbit : Kaki Novel
Sem. Malaysia: RM19
Sabah / Sarawak: RM22

No comments:

Post a Comment