Salji Hitam



Followers

Pages

Anda Suka BLOG Ini ? ? LIKE je laa . .

JANGAN CUBA-2 NAK COPY ENTRY SAYA YEE . .

Monday, March 28, 2011

(NOVEL TERBARU) TERLANJUR MENCINTAIMU - Syamnuriezmil



Bagi Yang Ingin Mencari Novel ini, Sila Bagitahu POPULAR mana yang berhampiran anda. Kami akan membantu anda melihat stok novel Terlanjur Mencintaimu. Semoga kami dapat membantu dan memudahkan anda mendapatkan novel ini

( Sedutan Dialog Novel )

Tengku Hanis membuka TV, suaranya agak perlahan. Johan disuruh duduk di atas sofa dan Tengku Hanis disebelahnya, tersenyum-senyum sumbing.

"Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

"Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya."

"Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!"

"Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..."

"Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada.

"Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius.

"Seronok."

"Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.

"Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.
--------------------------------

Cintailah seseorang itu atar dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar mencintainya setelus hati...TERLANJUR MENCINTAIMU

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Sa...tu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terla...njur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Judul : Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM 18.00
Sabah / Sarawak : RM 21.00

Karyaseni adalah syarikat penerbit yang dimiliki oleh penulisan2u.
Layari laman web penerbit karyaseni KLIK SINI


---------------------------------------

"Sayang ni, abangkan jurusan sastera dulu. Abang paling suka karya Kahlil Gibran, seorang puisi Lebanon. Karya cinta dia walllahh... superb. Abang ingat salah satu mutiara kata dia berkisar pasal cinta. Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..."

--------------------------------------------

No comments:

Post a Comment